A) Latihan (1 - 16 Mac 2024)
-
Peserta perlu memasang perisian Minecraft Education Edition di komputer masing-masing. Sila rujuk Video 1.
-
Peserta perlu log in Minecraft Education Edition menggunakan akaun MINECRAFT UMK yang diberi kepada guru pengiring selepas proses pendaftaran.
-
Sila rujuk Tatacara Join World di bawah.
-
Sesi latihan boleh digunakan untuk membiasakan diri dengan perisian Minecraft Education Edition dan boleh memikirkan konsep bandar dan rekabentuk sebagai persediaan bagi sesi pertandingan di peringkat saringan.
-
Kawasan untuk dibuat binaan telahpun dibahagikan di World masing-masing. Sila gunakan kretiviti untuk memanfaatkan kawasan yang telah ditetapkan.
-
Anda boleh berlatih secara berpasukan di UMK Minecraft World sehingga 16 Mac 2024 dan world ini akan diset semula untuk pertandingan saringan.
-
Sila rujuk nama kumpulan anda di Jadual Kumpulan dan klik Buka World untuk membuka perisian minecraft dengan world yang telah dibahagikan.
-
Jika anda ada masalah untuk membuka World melalui link di atas anda boleh teruskan langkah 3 di bawah.
-
Buka MInecraft Education Edition.
-
Klik Play dan klik Join World.
-
Klik butang bertitik tiga (...) seperti dalam gambar.
-
Masukkan Connection ID seperti di dalam Jadual Kumpulan.
-
Klik Join untuk membuka world.
Video 1 : Cara memasang perisian Minecraft Education Edition
C) Pertandingan Peringkat Saringan (18 - 31 Mac 2024)
-
World yang dibuka sepanjang latihan akan diarkibkan dan direset semula untuk pertandingan peringkat saringan.
-
Pembahagian kumpulan semasa saringan adalah sama seperti di peringkat latihan (Rujuk Jadual Kumpulan).
-
Setiap kumpulan boleh mula membuat bandar masing-masing mengikut kawasan yang telah ditentukan di dalam World seperti dalam jadual.
-
Guru pembimbing dibenarkan untuk bersama-sama pelajar untuk membantu pelajar sepanjang pertandingan saringan. Dingatkan, guru pembimbing tidak lagi dibenarkan bersama pelajar semasa pertandingan akhir.
-
Berkonsepkan Green and Smart City, sila bangunkan struktur bandar atau kompleks bandar menggunakan tools dan bahan-bahan di Minecraft. Dibenarkan untuk menggunakan Code Editor, manakala penggunaan command, command block adalah dilarang.
-
Sebagai panduan, aspek pemarkahan yang dinilai boleh dirujuk page [Kriteria Penilaian].
-
Peserta dinasihatkan untuk merancang menggunakan masa bermula 8 Pagi hingga 6 Petang untuk aktiviti ini kerana pada waktu tersebut, pasukan teknikal penganjuran bersedia (stanby) jika berlaku masalah server.
-
Sekiranya peserta melanggar peraturan di bawah, pihak penganjur akan MENYINGKIRKAN SEMUA PENYERTAAN DARI SEKOLAH BERKENAAN.
- Pelajar dilarang untuk menceroboh kawasan kumpulan lain sepanjang pertandingan saringan ini.
- Pelajar dilarang menggunakan chat room dengan kata-kata kesat.
- Pelajar dilarang menggunakan objek/pengaturcaraan yang menyebabkan gangguan kepada server dan pemain lain
- Pelajar dilarang mengubah tetapan/setting world yang ditelah dibuat oleh penganjur.
- Pelajar dilarang mengubah suai bangunan UMK di minecraft.
- Kesalahan-kesalahan lain yang menyebabkan kerosakan, kehilangan kepada peserta lain atau penganjuran.
-
Sekirangan peserta diganggu oleh peserta lain, aduan boleh disalurkan kepada pihak penganjur beserta bukti sekiranya ada untuk siasatan dan tindakan.
D) Jadual Kumpulan
-
Semua peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan di setiap world.
-
Pembahagian dipaparkan dalam Jadual Kumpulan di sini Terdapat di laman web iaitu url https://minecraft.fbkt.my/index.php/jadual-kumpulan.
-
Isi email guru dan tekan butang Cari World
-
Link World, Connection ID, Nama Guru, Nama Sekolah dan Kategori akan dipaparkan setelah carian dibuat.
-
Klik link World untuk membuka Minecraft dan World Kumpulan anda.
E) Penjurian Peringkat Saringan (1 - 7 April 2024)
-
Setiap world akan ditukarkan mod view only bermula 1 April 2024.
-
Juri yang dilantik akan mula membuat penilaian dengan melawat hasil binaan kumpulan masing-masing berdasarkan [Kriteria Penilaian].
-
Juri adalah terdiri daripada pensyarah UMK dan pensyarah jemputan dari IPT lain.
-
Tiga pasukan terbaik dari setiap kategori akan dipilih dan dijemput ke pertandingan akhir yang dilaksanakan secara fizikal di UMK Kampus Jeli.
F) Pertandingan Peringkat Akhir (18 April 2024)
-
Perjalanan Pertandingan Akhir akan berlangsung di tiga lokasi, iaitu :
-
Bilik Komputer 1 : 18 Peserta Pertandingan
-
Bilik Komputer 2 : AJK Teknikal, Admin World dan Juri
-
Bilik Kuliah 5 : Guru pengiring, pengulas, ahli panel, ahli jawatankuasa kerja pertandingan dan tetamu-tetamu lain.
-
-
Di setiap lokasi terdapat skrin projektor untuk memaparkan streaming perjalanan siaran langsung.
-
Taklimat program kepada peserta dan guru pengiring akan bermula pada pukul 9:00 AM di Biilik Kuliah 5. Peserta dan guru pengiring dinasihatkan sampai lebih awal dan melapor diri di Bilik Kuliah 5, UMK Kampus Jeli. Tanda arah ke lokasi akan diletakkan di jalan utama, parking dan laluan utama.
-
Tiada yuran, atau caj yang akan dikenakan sepanjang program.
-
Majlis perasmian akan berlangsung pada pukul 9:30 AM dan stream siaran langsung akan ke udara pada masa yang sama. Peserta perlu bergerak ke Bilik Komputer 1, 10 minit sebelum perasmian berlangsung. Guru pengiring tidak dibenarkan mengikut pelajar ke bilik komputer 1 dan perlu berada di Bilik Kuliah 5.
-
Tema pertandingan dan keluasan blok kawasan akan diumumkan sebelum pertandingan bermula (9:50 AM, 18 April 2024).
-
Guru pengiring tidak boleh lagi membantu peserta sepanjang pertandingan akhir berlangsung.
-
Setiap kumpulan akan disediakan 4 buah komputer desktop, 3 untuk kegunaan ahli kumpulan, dan 1 sebagai backup atau boleh digunakan untuk carian maklumat.
-
Alat tulis dan kertas akan disediakan untuk memudahkan perbincangan dan lakaran.
-
Setiap komputer akan dilabelkan dengan nama peserta masing-masing dan ID minecraft telah siap dipasang bersama dengan perisian Minecraft Education. Pastikan peserta berada di komputer yang betul.
-
Semua peserta perlu tunggu di lobi pertandingan dan tidak boleh teleport ke kawasan masing-masing sebelum arahan dikeluarkan.
-
Setiap kumpulan diberi masa 2 jam dan peserta perlu memanfaatkan masa tersebut sebaik-baiknya bermula dari perbincangan sesama ahli kumpulan, carian maklumat, dan pembinaan di world minecraft.
-
Pertandingan akan bermula pukul 10:00 pagi dan akan ditamatkan pada pukul 12:00 tengah hari.
-
Proses penjurian akan berlangsung pada pukul 12:00 hingga 12:30 tengah hari dan diikuti dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah.




