Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan bangganya menganjurkan pertandingan UMK MINECRAFT EDU CHALLENGE 2024 bertemakan SMART & GREEN CITY.
Sejak permulaan penganjuran pertandingan ini pada tahun 2021, pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penglibatan ramai pelajar. Untuk itu kami mengharapkan sambutan yang lebih ramai lagi pada tahun ini.
Pertandingan UMK MINECRAFT EDU CHALLENGE 2024 terbahagi kepada TIGA kategori, iaitu:
Kategori A: Pelajar Sekolah Rendah,
Kategori B: Pelajar Sekolah Menengah,
Kategori C: Pelajar IPTA/IPTS.
Kami percaya pertandingan ini adalah platform yang sangat unik bagi para pelajar untuk mempamerkan idea-idea kreatif dan inovatif dalam pembinaan bandar yang moden seraya mengaplikasikan pengetahuan tentang teknologi hijau agar lebih mesra dengan alam sekitar.
Kami yakin para pelajar akan menghasilkan projek yang menarik di Minecraft world dan boleh memberikan inspirasi yang positif untuk dijadikan model dalam pembinaan bandar dimasa hadapan.
Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua.



